Saturday, February 26, 2011

Percaya kepada Para Malaikat

Rukun iman yang kedua ialah percaya kepada Malaikat. Setiap muslim wajib mempercayai adanya malaikat. Malaikat juga adalah makhluk Allah yang diciptakan dari cahaya. Zat malaikat adalah halus, Malaikat telah lama wujud atau diciptakan sebelum kewujudan Adam sebagai manusia pertama. Malaikat mampu menjelma dalam berbagai rupa dan bentuk makhluk yang lain.
فَاتَّخَذَتْ مِنْ دُونِهِمْ حِجَابًا فَأَرْسَلْنَا إِلَيْهَا رُوحَنَا فَتَمَثَّلَ لَهَا بَشَرًا سَوِيًّا (١٧)

Maka ia Mengadakan tabir (yang melindunginya) dari mereka; lalu Kami mengutus roh Kami[#] kepadanya, Maka ia menjelma di hadapannya (dalam bentuk) manusia yang sempurna.

[#] Maksudnya: Jibril a.s seperti yang dijelaskan dalam ayat ayat selanjutnya. 

Malaikat sangat banyak jumlahnya dan Allah saja yang tahu bilangan sebenarnya. Dalam ilmu Tauhid, umat Islam diwajibkan mengenal 10 malaikat dan tugasan mereka :


* Malaikat Jibril : Tugasnya membawa wahyu dari Allah Ta’ala kepada Rasul-rasul dan Nabi-nabi, juga menguruskan bala seperti gempa bumi, air bah, ribut dan lain-lain lagi.

* Malaikat Mikail : Tugasnya membawa rezeki dengan menumbuhkan tumbuh-tumbuhan, membiakkan haiwan, mengeluarkan hasil galian bumi.

* Malaikat Israfil : Tugasnya untuk meniup “sangkakala” ketika sampai masa kiamat iaitu bumi akan hancur dab sekali lagi ia meniup sangkakala itu ketika sampai masa manusia hidup semula dan keluar dari kubur untuk perhitungan di akhirat.

* Malaikat Izrail : Tugasnya ialah mengambil nyawa, iaitu mematikan apabila sudah sampai ajal, dan tugasnya mengambil nyawa tidak akan cepat sesaat dan tidak akan lewat sesaat.

* Malaikat Munkar : Tugasnya menyoal orang mati di alam kubur.

* Malaikat Nakir : Tugasnya menyoal orang mati di alam kubur.

* Malaikat Raqib : Tugasnya ialah menulis pahala bagi orang yang membuat kebaikan.

* Malaikat Atid : Tugasnya adalah untuk menulis dosa bagi orang yang membuat mungkar dan kejahatan.

* Malaikat Ridhwan : Tugasnya menjaga syurga.

* Malaikat Malik : Tugasnya menjaga neraka.

Malaikat dijadikan Allah untuk menjalankan tugas-tugas yang tertentu dan berlainan. Setiap tugas yang diberikan Allah kepada Malaikat (Surah At Tahrim ayat 66)
Percaya adanya Malaikat yang telah diciptakan oleh Allah untuk melaksanakan perintah Allah. Allah menciptakan Malaikat dari Nur iaitu cahaya. Maka, Malaikat tidak terdiri daripada jisim dan tidak diberikan nafsu untuk makan, minum atau tidur.
Dari nama-nama malaikat di atas lebih tiga yang disebut dalam Al Qur'an, yaitu Jibril (QS 2 Al Baqarah : 97,98 dan QS 66 At Tahrim : 4),Walau namanya hanya disebut dua kali dalam Al Qur'an, malaikat Jibril juga disebut di banyak tempat dalam Al Qur'an dengan sebutan lain seperti Ruhul Qudus, Ruhul Amin dan lain lain. Mikail (QS 2 Al Baqarah : 98) dan Malik (QS Al Hujurat). roqb dan atid, ma yalfizu min qoulin illa ladaihi roqib wa atid. (lihat alquran ) Sedangkan Israfil, Munkar dan Nakir disebut dalam Hadits.

Nama Malaikat Maut, Izrail, tidak ditemukan sumbernya baik dalam Al Quran mahupun Hadits. Dalam Al Qur'an dia hanya disebut Malaikat Maut.
Selain dari sepuluh malaikat ini terdapat beberapa malaikat yang tidak diketahui berapa banyak bilangannya melainkan Allah s.w.t. Salah satu daripada mereka diberi nama Zabaniyah yang merupakan malaikat Allah s.w.t yang ditugaskan untuk membawa ahli neraka ke neraka dan menyeksa mereka serta menyiksa dan menangkap Iblis ,

1. Malaikat Zabaniyah bertugas untuk melakukan azab tertentu atas perintah Allah (QS Al Alaq)
2. Malaikat Harut dan Marut (QS Al Baqarah : 102)

3. Malaikat Arsy (QS Az Zumar :75)

4. Dan Malaikat yang lain yang diciptakan Allah Swt sesuai dengan kehendak Nya.

Sebelum Iblis direjam dan dilaknat oleh Allah s.w.t,Iblis merupakan ketua yang memimpin para malaikat di syurga.Terdapat juga malaikat seperti Harut dan Marut yang telah sesat akibat mempelajari dan mengamalkan sihir. Walau bagaimanapun mereka telah diberi keampunan oleh Allah s.w.t.



0 comments:

Design by The Blogger Templates

Design by The Blogger Templates