Puasa
Puasa ( صوم) secara bahasanya diartikan menahan diri. Daripada segi istilah syara' berarti menahan diri daripada makan atau minum untuk suatu jangka waktu tertentu.
Puasa lebih luas diartikan menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang bisa membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. karena puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran serta kejujuran. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya.
Firman Allah S.W.T:يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ (١٨٣
"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,"
Niat Berpuasa Wajib Bulan Ramadhan :
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
"Saya Niat berpuasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala"
Waktu berniat dimulai pada setelah terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa setelah berbuka puasa sampai dengan waktu sahur.
Orang-orang Islam yang memenuhi syarat-syarat di bawah ini diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadhan:
* Berakal/waras
* Baligh (cukup umur)
* Mampu/tidak uzur.
* Berakal/waras
* Baligh (cukup umur)
* Mampu/tidak uzur.
Rukun puasa ada dua,yaitu:
* Berniat pada malam harinya
* Menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari.
Perkara-perkara berikut disunatkan ketika berpuasa:
* Makan sahur serta melambatkannya
* Menyegerakan berbuka dan sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis atau air
* Menjamu orang-orang berbuka puasa
* Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan.
0 comments:
Post a Comment