Perintah Shalat 5 Waktu Dalam Alquran
Shalat adalah ibadat fardu yang wajib dilakukan oleh orang Islam lima kali sehari. Solat lima waktu ini dikenali sebagai solat Fardu atau sholat yang wajib dilakukan. Sebelum solat dapat dilakukan, seorang harus membersihkan diri daripada hadas besar dan hadas kecil. Pembersihan hadas kecil dikenali sebagai Wudhu dan atau Tayamum Sedangkan pembersihan hadas besar pula adalah Mandi wajib.
Shalat fardu yang diwajibkan ke atas umat Islam yang masih waras dan hidup, Solat fardu tidak boleh ditinggalkan sama sekali dalam keadaan bagaimanapun bahkan ketika seorang muslim terbaring lemah gerakan shalat bisa lakukan dengan kedipan mata, meninggalkan shalat termasuk dalam dosa-dosa besar, dan shalat adalah amal yang pertama kali di hisab.
Solat yang terbaik ialah sholat di masjid ataupun surau (bagi lelaki) secara berjemaah dengan menjaga kekusyukkannya, bacaannya serta rukunnya serta mengambil wuduk secara sempurna. karena pahala yang didapatkan dengan shalat berjama'ah di masjid ataupun surau adalah 27 kali lebih baik berbanding sholat bersendirian di rumah.

Sholat harus dilakukan dalam bahasa Arab, yakni bahasa Al-Quran. Ketika solat, seorang Muslim hendaklah berdiri tegak (bagi siapa yang mampu), rukuk, sujud sambil menghadap ke arah Kiblat yakni menghadap Kaabah di Makkah. Sebagaimana dijelaskan Dalam Alquran Surah Al Baqarah ayat 144 :
Firman Allah Swt :
Firman Allah Swt :
قَدْ نَرَى تَقَلُّبَ وَجْهِكَ فِي السَّمَاءِ فَلَنُوَلِّيَنَّكَ قِبْلَةً تَرْضَاهَا فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَحَيْثُمَا كُنْتُمْ فَوَلُّوا وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُ وَإِنَّ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ لَيَعْلَمُونَ أَنَّهُ الْحَقُّ مِنْ رَبِّهِمْ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا يَعْمَلُونَ (١٤٤
"Sungguh Kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit, Maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. dan dimana saja kamu berada, Palingkanlah mukamu ke arahnya. dan Sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Al kitab (Taurat dan Injil) memang mengetahui, bahwa berpaling ke Masjidil Haram itu adalah benar dari Tuhannya; dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang mereka kerjakan"
* Solat Subuh (sebelum matahari terbit)
Solat Subuh terdiri daripada 2 rakaat. Bagi mazhab Syafie, solat subuh dilakukan beserta dengan doa qunut. Waktu untuk menunaikan solat subuh atau solat fajar adalah bermula daripada fajar menyinsing hinggalah terbit matahari.
* Solat Zuhur (selepas tengah hari)Solat Zohor terdiri daripada 4 rakaat. Waktu untuk menunaikan solat Zuhur adalah bermula selepas matahari mulai condong daripada puncaknya sehingga separuh ke kaki langit. Sebelum solat Zohor, seseorang itu digalakkan bagi mengerjakan dua rakaat solat Sunat Rawatib.
* Solat Asar (Waktu petang)
Solat Asar terdiri daripada 4 rakaat. Waktu untuk bersolat Asar bermula selepas berakhirnya waktu solat Zohor, iaitu apabila tergelincir matahari sehingga bayang-bayang sesebuah objek lebih panjang daripada tinggi objek tersebut. Manakala tamatnya waktu adalah apabila matahari terbenam di ufuk.
* Solat Maghrib (selepas matahari terbenam)
Solat ini terdiri daripada 3 rakaat. Solat Maghrib ialah solat harian ke-4 dalam Islam, dilakukan ketika senja. Waktu solat Maghrib bermula selepas matahari terbenam sehingga hilang mega merah di ufuk barat. Perkataan maghrib ialah istilah bahasa Arab bagi "matahari senja"; dari perkataan gharaba|غَرَبَ", "untuk terbenam"
* Solat Isyak (Sekurang-kurangnya sejam setengah selepas matahari terbenam)
Solat Isyak merupakan salah satu daripada solat fardu yang terdiri daripada 4 rakaat. Waktu solat Isyak bermula selepas mega merah di ufuk timur hilang dan berterusan sehingga terbit fajar pada hari keesokannya.
0 comments:
Post a Comment